Hijriah

Langgan Feeds

Bacaan Al-Quran
























Hadith Muslim

Info Islam



BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.








Hadith Corner


BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda: “Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakan untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana bahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”



(HADIS RIWAYAT MUSLIM)



Topik-Topik Agama

Topik-Topik Agama

Video Kartun Islam

Video Kartun Islam

Pautan Lain

ARCHIVE

Selasa, 1 April 2008

Keluarga Sakinah Dakwah Muntijah

Photobucket

Keluarga merupakan medan pertama dakwah sehingga ia harus dijadikan sebagai asas utama dakwah dalam masyarakat, maka seluruh anggota keluarga hendaknya menjadi pendokong pertama bagi kejayaan dan keutuhan dakwah. Setiap aktivis dakwah yang mendapat dokongan penuh dari keluarga, maka dia akan dapat berdakwah secara optimal. Tidak dapat dinafikan, seringkali hambatan bagi seorang dai'e itu sangat dirasakan apabila keluarganya apatah lagi anak dan isterinya tidak mendokong dakwahnya. Inilah yang difahami oleh musuh-musuh Islam tatakala mahu menghentikan dakwah ini berkembang dengan mengembangkan serangan-serangan pemikiran dan hati yang merosakkan batu asas ummat Islam kini.

Ikhwan dan akhwat fillah

Dalam surat At Tahrim telah dijelaskan ada tiga tips keluarga da’wah, yaitu kisah keluarga Nabi Nuh, keluarga Asiah, dan keluarga Maryam.

Firman Allah;

"Allah mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat Dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman Dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba Yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke Dalam neraka bersama-sama orang-orang Yang masuk (ke situ)"."dan Allah mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat Dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim";"dan juga (satu misal Perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) Yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke Dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang Yang tetap taat." (QS.66:10-12)

Ikhwan dan akhwat fillah

Dari ayat diatas dapat dipahami bahwa keluarga Nabi Nuh menjadi contoh keluarga pertama.

Nabi Nuh tidak mendapatkan dokongan dakwah dari seluruh anggota keluarga kerana istri dan anak beliau menolak seruannya. Penolakan mereka menjadi legitimasi masyarakat untuk menolak dakwahnya sebab Nabi Nuh tidak berjaya membuat keluarganya menjadi contoh bagi masyarakat yang di dakwahinya.

Hal itu sangat menyedihkan Nabi Nuh. Apalagi ketika Allah menurunkan azab kepada orang-orang yang mengingkarinya, beliau sangat sedih sekali di saat beliau menyaksikan sendiri putra yang dicintainya ikut tenggelam bersama kaum yang durhaka. Nabi Nuh berdo’a seakan menyatakan keprihatinannya dengan kalimat:

“wahai Robku ….”sesungguhnya anakku termasuk keluargaku dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah hakim yang seadil-adilnya.” Allah menjawab, “Hai Nuh, sesengguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu, sesungguhnya perbuatannya bukan perbuatan yang baik, sebab itu janganlah kamu memohon kepadaku sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya …”(QS..11 ayat 36-48)

Ikhwan dan akhwat fillah

Kisah tersebut menjadi pelajaran bagi para aktivis dakwah, jangan sampai isteri dan anak menjadi penghambat kelancaran dakwah.

Sebagai aktivis dakwah hendaknya berusaha membuktikan bahwa dia sudah mampu mengislamisasikan keluarganya sekurang-kurangnya anak dan isterinya. Allah telah mengharuskan setiap individu yang beriman untuk menjaga keluarganya dari api neraka. Dalam firmannya: “Hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka (QS.66:6)

Ikhwan dan akhwat fillah

Adapun contoh keluarga kedua adalah keluarga Asiah, keluarga ini menunjukkan bukan hanya anak dan isteri yang boleh menghambat dakwah bahkan juga suami, seperti Fir’aun kepada Asiah. Pengaruh hambatan suami terhadap dakwah isteri lebih besar kerosakannya daripada hambatan isteri terhadap dakwah suami sebab suami sebagai pemimpin keluarga. Asiah yang tetap istiqomah di jalan dakwah akhirnya disalib oleh suaminya sendiri agar ia dapat menghentikan dakwahnya.

Sedangkan contoh keluarga yang ketiga adalah keluarga Maryam, sekalipun ia sebagai seorang istri tanpa suami namun dia tetap istiqomah dalam menegakkan dakwah bersama anaknya padahal sepanjang hidupnya ia banyak mendapatkan tentangan dari masyarakat.

Ikhwan dan akhwat fillah

Keluarga dakwah harus berusaha membina seluruh anggota keluarga sebagai pendokong dakwah. Lebih ideal lagi jika mampu membina mereka sebagai aktivis dakwah. Contohlah keluarga Nabi Ibrahim alaihi salam, beliau mampu membentuk seluruh anggota keluarga sebagai pendukung dan aktivis dakwah sekaligus. Seluruh anggota keluarga baik isteri dan anaknya ikut terlibat aktif dalam menjayakan tugas-tugas dakwah, sekalipun tugas dakwah itu sangat berat.Dalam rangka memperluas dakwah Nabi Ibrahim menghijrahkan Hajar dan puteranya (Ismail) ke tempat yang sangat jauh, gersang, tanpa keperluan asas yang mencukupi dan tanpa penghuni yang dapat menjadi teman bagi mereka. Demi kelanjutan dakwah dan taat kepada Allah, Hajar rela ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di tempat yang secara logik akal manusia mustahil untuk hidup. Hajar tidak mengeluh, merayu dan memujuk beliau untuk tinggal bersamanya dan tidak melarang Nabi Ibrahim pergi meninggalkannya. Keberanian Hajar bersikap demikian didorong oleh keimanan dan keyakinan yang dalam terhadap kebesaran dan kasih sayang Allah SWT. Hajar yakin bahwa rahmat Allah sangat dekat dengan orang-orang yang taat kepadanya.

Allah berfirman: “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS.7:56)

Subhanallah …! Betapa keberanian Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar atas perintah Allah, keikhlasan dan kesabaran Hajar menghadapi pelbagai ujian ditempat yang sangat gersang itu, tidak disia-siakan Allah SWT. Allah memberikan air Zam-Zam yang ternyata dapat dinikmati seluruh kaum muslimin dari pelbagai negara yang datang beribadah Haji atau Umroh sampai dunia ini berakhir. Air zam-zam tersebut berkhasiat sesuai dengan apa yang diniati oleh yang meminumnya. Juga didirikan ka’bah selanjutnya dibangunlah di sisinya masjidil haram yang apabila setiap orang solat di dalamnya satu kali nilainya lebih utama dari pada seratus ribu kali solat di masjid yang lain dan setiap berdo’a dikabulkan Allah. Selain itu ka’bah dijadikan sebagai kiblat umat Islam sedunia. Begitulah Allah memberikan keberkahan kepada keluarga yang secara bersama-sama aktif terlibat dalam dakwah.

Ikhwan dan akhwat fillah

Ada beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menghindari fitnah kehancuran keluarga bahagia.

1. Menjalin komunikasi dengan baik

Komunikasi merupakan salah satu kunci kejayaan keluarga aktivis da’wah. Komunikasi dapat membuat keluarga tetap harmonis seiring dengan kesibukan dakwah. Tanpa komunikasi keharmonisan keluarga sulit dipertahankan sebab mereka akan hidup dalam ketertutupan, kesunyian, prasangka yang buruk, kesalahpahaman saling bermusuhan.

Komunikasi dapat menciptakan syurga duniawi bagi aktifis dakwah sebab dengan komunikasi dapat mengungkapkan rasa cinta, kasih sayang, kegembiraan dan perasaan lainnya.

Komunikasi yang baik juga membantu menjadi sarana bermusyawarah dalam menyelesaikan permasalahan keluarga dan tugas-tugas dakwah. Selain itu komunikasi dapat menjadi sarana pemenuhan hak anggota keluarga sesuai dengan keperluannya bahkan komunikasi pun boleh menjadi sarana dakwah dalam keluarga.

Oleh itu, betapa pun sangat sibuk berdakwah, berkomunikasilah dengan keluarga dengan memanfaatkan berbagai sarana modern yang ada.

Elakkan dari 'take for granted' dengan merasakan pasangan anda sepatutnya telah memahami apa yg anda harapkan sedangkan rupa-rupanya dia belum betul-betul memahaminya. Situasi ini seringkali berlaku terutamanya dalam usia perkahwinan yang masih muda. Sekiranya kedua belah pihak tidak dapat berkomunikasi dengan baik kerana ketegangan yang berlaku, mintalah bantuan daripada pihak ketiga yang paling dipercayai untuk membantu.

Hindari dari mencetuskan dan melayan emosi tegang dalam berkomunikasi, kerana emosi yang tegang itu berakarkan nafsu al ammarah bi suu'. Sesungguhnya itu merupakan jalan untuk syaitan menyesatkan kita daripada kebenaran dan menyusup masuk dalam menghancurkan kebahagiaan rumah tangga!

"dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (6:153)

2. Pembahagian tanggungjawab yang jelas

Kesibukan aktivis dakwah dalam berdakwah tidak menghapus atau mengurangi kewajibannya dalam rumah tangga baik untuk suami ataupun isteri. Maka beban dan tugas yang dipikul aktivis dakwah sangat banyak dan berat, baik ketika aktivis dakwah itu sebagai suami, isteri atau anak. Buatlah tanggung jawab setiap anggota keluarga itu dengan jelas secara 'give and take'. Adakan pembahagian tugas sesuai dengan kewajiban dan fungsinya. Hidupkan suasana keluarga dakwah yang saling membantu, saling menolong dan saling meringankan beban bukan sebaliknya.

3. Memenuhi hak dan kewajiban

Setiap anggota keluarga berkewajiban memenuhi hak yang lain. Sehingga dia pun layak untuk mendapatkan haknya. Sebagai seorang suami walaupun ia sebagai aktivis dakwah, dia tetap berkewajiban mencari nafkah. Sebagai isteri sekali pun dia sebagai aktivis dakwah dia tetap berkewajiban melaksanakan tugas-tugas rumah tangga. Sebaga anak sekali pun sebagai aktivis dakwah dia tetap berkewajiban untuk berkhidmah kepada kedua orang tuanya. Sebagai orang tua walau pun sebagai aktivis dakwah mereka tetap berkewajiban mendidik anak-anaknya. Jika setiap anggota keluarga melaksanakan kewajiban-kewajibannya, maka pada saat yang sama setiap anggota mendapatkan hak-haknya.

Janganlah sekali-kali kita fokus untuk menuntut hak daripada pasangan kita, sebaliknya kita fokus untuk sentiasa menunaikan tanggungjawab kita dengan penuh kepercayaan begitu juga dengan pasangan kita tidak kira siapa yang harus dulu memulakannya. "Gain Your Trust. Trust Is Hard To Gain But Easy To Lose"

Ikhwan dan akhwat fillah

Jadikanlah keluarga kita sebagai batu asas dakwah dalam masyarakat. Sehingga keluarga kita menjadi teladan bagi masyarakat di sekitar kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama istiqomah melaksanakan tugas dakwah sampai ajal menjemput kita.

Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke Jannah-Nya, Ameen!!!

Wallahu A’lam Bishshowab.

0 komen:

hit traffic

RADIO IKIM.FM

| |

Pengikut

RUANG BERKATA-KATA

JOIN MY COMMUNITY

Join My Community at MyBloglog!

PENGUNJUNG SEMASA

Laman Istimewa

Ingin memuat turun file-file islamik. Dan lain-lain.. Hanya di www.pemudabistari.blogspot.com/

LAMAN PEMBELAJARAN

LAMAN PEMBELAJARAN

Money Convert

Islamic Tube