Hubungan Keluarga Mendatangkan Keberkatan Rezeki Dan Usia. Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Ali Karramallahu wajhahu berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, "Siapa yang suka usianya dipanjangkan, rezekinya dilapangkan, dan dicegah dari kematian yang buruk, hendaklah bertakwa kepada Allah dan memelihara hubungan kekeluargaan". (HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad )
Daripada Abu Ayub bahawa seorang badui menahan Rasullullah SAW ketika baginda dalam perjalanan, lalu memegangi tali unta baginda, seraya berkata, "Ya Rasullullah, beritahukan kepada saya hal-hal yang dapat mendekatkan saya ke syurga, dan menjauhkan saya dari neraka!" Nabi SAW terdiam sejenak. Kemudian baginda melihat kepada para sahabatnya, lalu bersabda, "Orang ini mendapat petunjuk!" Lalu baginda menoleh kepada orang itu dan berkata, "Apa yang engkau tanyakan?" Si badui itu mengulangi lagi pertanyaanya. Maka sabda Nabi SAW menjelaskan, "Engkau mengabdi kepada Allah dan jangan menyekutukanNya dengan apapun, menegakkan solat, mengeluarkan zakat dan menyambungkan tali silaturrahim. Kini lepaskan unta itu!" Sesudah orang itu berlalu Rasullullah bersabda, "Kalau orang itu melaksanakan apa-apa yang saya perintahkan, ia akan masuk syurga". ( HR Bukhari dan Muslim )
Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Ali Karramallahu wajhahu berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, "Siapa yang suka usianya dipanjangkan, rezekinya dilapangkan, dan dicegah dari kematian yang buruk, hendaklah bertakwa kepada Allah dan memelihara hubungan kekeluargaan". (HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad )
Sabtu, 26 April 2008
Memelihara Hubungan Silaturrahim
Petanda
Agama dan Pendidikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan