Hijriah

Langgan Feeds

Bacaan Al-Quran
























Hadith Muslim

Info Islam



BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.








Hadith Corner


BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda: “Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakan untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana bahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”



(HADIS RIWAYAT MUSLIM)



Topik-Topik Agama

Topik-Topik Agama

Video Kartun Islam

Video Kartun Islam

Pautan Lain

ARCHIVE

Selasa, 15 April 2008

Riba Dalam Al-Quran dan Hadith


Hindarilah riba,kerana ia bukan membawa kepada keuntungan tetapi membawa kepada kebencanaan.

"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan".
(Al Imran 130)

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba."

Lalu ada yang bertanya.

"Apakah semua manusia wahai Rasulullah?"

Sabdanya...

"Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."

Hukum Riba Dalam Al-Quran

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba ( yang belum dipungut ) jika kamu orang-orang yang beriman"
(Al-Baqarah : 278 )

"Dan sesuatu tiba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang ( yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya) ."
(Ar-Rum : 39)


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan melipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan
(sukses) ."
(Al-Imran : 130)

"Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit jiwa… Dan jika kamu bertaubat ( Daripada pengambilan riba ) maka bagimu pokok hartamu : kamu tidak menganiaya dan tidak ( pula ) dianiaya ."
(Al-Baqarah : 275-279)

Dalam Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud :

Dalil 1

"Wahai hambaKu! Aku mengharamkan kezaliman kepada diriKu dan Aku telah tetapkan sebagai perbuatan haram di tengah kamu. Kerana itu janganlah kamu saling berbuat zalim! ."

Riwayat Imam Ahmad dan lain-lain, bahawa Rasullullah SAW bersabda :

Dalil 2

Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda bermaksud :

"Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."

Dalil 3

Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain meriwayatkan daripada Jabir bahawa Rasullullah bersabda bermaksud :

"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan… memakan riba ."

Dalil 4

Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah, bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud :

"Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ."

Dalil 5

" Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ."

Hukum Riba Dalam Hadith Shahih

Hadith pertama

Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi SAW, sabdanya : " Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya ( adalah ) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai ."
(H.R. Muslim)

Hadith Kedua

Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : " Saya mendengar Rasullullah SAW berpidato pada Haji Wada’ : " Wahai manusia… sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya ."
(H.R. Muslim)


Hadith Ketiga

Dari Ubadah bin Yazid, bahawa ia mendengar Ibnu Abbas berkata : " Usamah bin Zaid telah meriwayatkan kepadaku bahawa Nabi SAW bersabda : " Riba hanya pada hutang ."

0 komen:

hit traffic

RADIO IKIM.FM

| |

Pengikut

RUANG BERKATA-KATA

JOIN MY COMMUNITY

Join My Community at MyBloglog!

PENGUNJUNG SEMASA

Laman Istimewa

Ingin memuat turun file-file islamik. Dan lain-lain.. Hanya di www.pemudabistari.blogspot.com/

LAMAN PEMBELAJARAN

LAMAN PEMBELAJARAN

Money Convert

Islamic Tube