Hijriah

Langgan Feeds

Bacaan Al-Quran
























Hadith Muslim

Info Islam



BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.








Hadith Corner


BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda: “Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakan untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana bahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”



(HADIS RIWAYAT MUSLIM)



Topik-Topik Agama

Topik-Topik Agama

Video Kartun Islam

Video Kartun Islam

Pautan Lain

Jumaat, 29 Februari 2008

Islam Melangkaui Parti Politik

PENGISYTIHARAN pembubaran Parlimen pada Rabu lalu menandakan berakhirlah sudah segala teka-teki yang berlegar di kalangan rakyat selama ini mengenai tarikh keramat pilihan raya. Kini tibalah pula masanya rakyat menggunakan sepenuh peluang dan ruang yang diberikan untuk melaksanakan tanggungjawab secara hikmah dalam memilih calon-calon pilihan yang bakal mencorakkan masa depan dan hala tuju negara.

Sudah pastilah, ketika ini juga seluruh warga dan pendukung parti-parti politik bertanding mula menggembleng tenaga berkempen untuk memastikan kemenangan calon masing-masing. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan berkempen dan berpolitik dalam musim pilihan raya ini, umat harus dipasakkan dalam pemikiran agar terus berpegang teguh kepada prinsip akhlak dan nilai-nilai Islam sejati.

Yang pasti pilihan raya bukan sekadar pesta pada malam hari yang berkumandangan suara-suara bersemangat pemidato-pemidato cuba meyakinkan pengundi. Pilihan raya juga tidak seharusnya menjadi pentas adu domba dengan alunan cacian, makian apatah lagi menjual ayat-ayat suci Allah bagi meraih sokongan undian. Dalam konteks ini Allah telah memberi amaran yang keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (al-Baqarah:41).

Lebih menggusarkan sekiranya budaya politik berteraskan benci dan dendam yang lebih mendominasi dalam kerangka masyarakat hingga manusia tergamak melakukan apa sahaja demi keserakahan nafsu terhadap kuasa. Budaya memancing undi dan menggula-gula dengan rangsangan material juga semakin menggejala tanpa mempedulikan nasib dan masa depan bangsa dan negara.

Apalah ertinya kuasa kalau rakyat yang lahir adalah lemah dan berjiwa hamba? Apa ertinya berbelanja besar untuk pilihan raya kalau sekadar membeli sokongan mereka yang pura-pura? Apa ertinya bersusah payah untuk kuasa kalau akhirnya melahirkan lebih ramai manusia oportunis dan materialis yang menyebabkan negara porak-peranda.

Sentimen

Apa yang penting dalam suasana sekarang yang begitu mudah isu-isu dan sentimen pembakar semangat dicetuskan, rakyat harus kental berprinsip agar tidak mudah termakan dengan cerita-cerita palsu yang mengelirukan. Setiap cerita sensasi yang meragukan haruslah diselidiki agar kita tidak membuat keputusan yang salah khususnya dalam pertimbangan memilih pemimpin.

Cukuplah amaran Allah dalam al-Quran dijadikan sandaran: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik dari kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong baginya azab yang besar. (An-Nur:11)

Pengundi-pengundi harus bijaksana dalam menilai prestasi kerja, keikhlasan berkhidmat, keseriusan calon-calon bertanding dalam mengangkat taraf kehidupan rakyat dan kemajuan negara tanpa melupakan aspek akhlak dan moral pemimpin berkenaan berpandukan sumber-sumber yang sahih.

Kebijaksanaan ini juga memerlukan kita membuat pertimbangan berasaskan keutamaan dan kepentingan agama, masyarakat dan negara jangka panjang, bukannya berasaskan sentimen-sentimen murahan yang sengaja dicetuskan untuk meransang perasaan marah hingga terhakisnya pertimbangan rasional dalam membuat keputusan.

Pemikiran yang diselaputi sentimen marah dan benci lantaran terpengaruh dengan hasutan yang disulami ayat-ayat Allah oleh pencacai-pencacai politik berkempentingan seringkali menjurus rakyat membuat keputusan yang tidak tepat dan akhirnya membinasakan masa depan umat dan negara.

Sikap sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan daripada kejahilan rakyat inilah yang menyebabkan pilihan raya yang sepatutnya menjadi medan tebaik bagi memilih pemimpin terbaik tidak ubah seperti pentas makyung yang sarat dengan fantasi, dongengan dan tipu daya. Sebab itulah rakyat harus berhati-hati dalam membuat percaturan terutamanya di tengah-tengah hingar-bingar kempen pilihan raya ketika ini.

Pemikiran

Justeru, sudah tiba masanya kita melakukan anjakan budaya dan pemikiran kearah merialisasikan budaya politik baru yang lebih bermaruah. Budaya politik baru yang dimaksudkan ialah yang berteraskan kasih sayang dan bertolak ansur sesama manusia walau berbeza parti mahupun ideologi politik. Budaya politik baru ini juga mestilah berteraskan prinsip agama dan nilai akhlak yang tinggi dan bukannya terjerat dengan emosi melulu dan faham agama yang sempit.

Sesungguhnya Islam melangkaui sempadan dan geografi parti dan fahaman politik. Islam tidak wajar diperalatkan mahupun diletakkan setaraf parti politik. Sebaliknya Islam lebih tinggi daripada parti dan harus dijadikan benteng terakhir mempersatukan umat yang sedang galak berpolitik.

Dengan meletakkan Islam lebih tinggi daripada parti sahajalah akan memungkinkan terjelmalah budaya politik baru yang bebas daripada belenggu kefanatikan yang membawa kepada perlakuan mungkar dan membinasakan umat. Moga-moga harapan ini bakal menjadi suatu kenyataan suatu hari nanti, insya-Allah.


0 komen:

RADIO IKIM.FM

| |

Pengikut

RUANG BERKATA-KATA

JOIN MY COMMUNITY

Join My Community at MyBloglog!

PENGUNJUNG SEMASA

Laman Istimewa

Ingin memuat turun file-file islamik. Dan lain-lain.. Hanya di www.pemudabistari.blogspot.com/

LAMAN PEMBELAJARAN

LAMAN PEMBELAJARAN

Money Convert

Islamic Tube