Hijriah

Langgan Feeds

Bacaan Al-Quran
























Hadith Muslim

Info Islam



BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.








Hadith Corner


BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda: “Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakan untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana bahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”



(HADIS RIWAYAT MUSLIM)



Topik-Topik Agama

Topik-Topik Agama

Video Kartun Islam

Video Kartun Islam

Pautan Lain

Selasa, 6 Mei 2008

Rasulullah Seorang Negarawan





1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -


2. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -


3. maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Alhamdulillah, kita agak berasa canggung di Malaysia khususnya di Selangor ini dengan bermulanya sesi kerajaan baru yang bertukar tangan dari satu parti kepada parti yang lain. Benarlah kata-kata Allah sepertimana firmannya dalam surah Ali-Imran;26



26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Melihat kepada situasi yang berlaku di Malaysia sekarang, dapatlah dilihat bahawa seluruh rakyat Malaysia telah bersatu-padu dan bermuafakat untuk bersama pada satu titik pertemuan. Apakah titik pertemuan itu? Jelaslah bahawa titik tersebut merupakan cetusan kemahuan yang tinggi untuk menentang kezaliman, menolak penindasan dan rasa cinta kepada kebenaran, ketelusan dan kesejahteraan.



Beberapa contoh sebelum pilihanraya jelas berlaku sebagai bukti kesatuan ini. Pondok panas di negeri Kelantan yang diselenggarakan oleh kaum cina, khutbah penganut kristian di gereja Batu Arang yang menyeru penganutnya untuk memilih pemimpin yang adil, bersih dan tidak korup serta kesatuan masyarakat India di satu tempat yang sanggup melancarkan ”derma jihad” bagi menyokong calon Islam. Perkara-perkara ini jelas mempamerkan kesatuan mereka pada titik yang saya sebutkan tadi.



Kesatuan di antara kaum tanpa mengira agama ini juga dapat dikaitkan dengan satu peristiwa yang diberi nama Halful Fudhul, perjanjian yang berlaku di antara orang-orang kafir di zaman jahiliyah. Rasulullah bersabda jika aku ada pada masa itu, maka aku mengiktiraf perjanjian tersebut kerana tujuannya adalah untuk menolong orang-orang yang dizalimi. Peristiwa ini jelas menunjukkan Islam mengiktiraf nilai sejagat yang tidak mengira kaum dan agama iaitu kebenaran dan keadilan.



Apabila kita kembali menelusuri sirah nabi, dapat dianalisa bahawa situasi kita sekarang seakan-akan menghampiri satu peristiwa penting iaitu pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah). Sebelum kota Makkah dibuka, satu perjanjian berat sebelah iaitu Perjanjian Hudaibiyah telah berlaku di antara kafir quraisy dan nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimanapun, salah satu klausa perjanjian itu memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu ”tidak dibenarkan peperangan di antara mana-mana pihak selama 10 tahun”.



Tempoh masa 10 tahun itu digunakan sebaik-baiknya oleh Rasulullah s.a.w untuk berdakwah. Islam telah mampu difahami dan disebarluaskan tanpa prejudis dalam tempoh masa tersebut. Maka mengambil peluang titik pertemuan yang saya huraikan sebelum ini, maka sekaranglah masanya wahai muslimin dan muslimat untuk kita mempergiatkan usaha dakwah kita kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memahami Islam yang sebenar. Di sinilah medan yang sesuai untuk kita mencambahkan tunas-tunas keimanan dan kebenaran di dalam hati seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.




Namun, apa yang saya kesalkan di sebalik kejernihan dan keterbukaan rakyat Malaysia hari ini ialah sikap segelintir kumpulan yang cuba membangkitkan isu perkauman. Isu perkauman dalam konteks Malaysia kini tidak timbul sama sekali. Sebagai mana bukti-bukti yang saya kemukakan pada huraian titik pertemuan tersebut, sesiapa yang membangkitkan isu perkauman maka amat jumud dan sempitlah pemikiran golongan ini.



Cuba kita analisa satu situasi secara profesional yang berlaku selepas pilihanraya. Ketua Menteri Pulau Pinang bagi Kerajaan Pulau Pinang yang baru, seorang yang berbangsa cina telah menaikkan elaun guru KAFA dan guru Ta'mir di Pulau Pinang. Beliau juga ada membuat kenyataan akhbar (bukan akhbar perdana) bahawa beliau ingin mengamalkan pemerintahan ala Umar Abdul Aziz. Apa ertinya semua ini? Fikir-fikirkanlah. Selain itu, kita perlu faham bahawa golongan kafir terbahagi kepada beberapa kategori seperti kafir zimmie, muaahad, musta'man dan harbi. Berdasarkan kategori tersebut, hanya kafir Harbi yang wajib diperangi manakala kesemua kategori kafir yang lain haram diperangi.



Asbabun Nuzul bagi Surah An-Nasr yang saya lampirkan pada permulaan artikel ini adalah peristiwa pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah). Berkat usaha dakwah Rasulullah s.a.w maka akhirnya Rasulullah dapat membuka Kota Makkah dengan aman tanpa peristiwa membalas dendam dan prejudis kaum. Nabi mengkhabarkan dalam peristiwa Fathu Makkah bahawa sesiapa yang berada di dalam Baitullah, maka dia adalah aman (selamat). Bahkan Nabi juga mengkhabarkan bahawa sesiapa yang berada di dalam Rumah Abu Sufian (kafir quraisy) juga adalah aman.



Merujuk kepada ayat ketiga dalam Surah An-Nasr, Allah menyeru agar setelah kita menang, maka banyakkanlah bertasbih dan beristighfar. Hal ini disebabkan resminya manusia yang mendapat kuasa mudah lupa diri dan lalai. Lalu saya menyeru kepada parti-parti yang menang sama ada kerajaan mahupun pembangkang, banyakkanlah bertasbih dan beristighfar. Islam mengajar kita untuk bersikap adil, tidak lupa diri dan tidak membalas dendam.



Ingatlah bahawa Allah berkuasa mencabut kekuasaan dan memberi kekuasaan dalam sekelip mata sahaja. Maka, sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita jadikan Rasulullah sebagai Uswatun Hasanah dalam memimpin negara di mana Rasulullah telah memaparkan Qudwah yang terbaik sewaktu menjadi ketua negara Madinah.




Ditulis oleh Ustaz Zamri http://ustaz-zamri.com/

0 komen:

RADIO IKIM.FM

| |

Pengikut

RUANG BERKATA-KATA

JOIN MY COMMUNITY

Join My Community at MyBloglog!

PENGUNJUNG SEMASA

Laman Istimewa

Ingin memuat turun file-file islamik. Dan lain-lain.. Hanya di www.pemudabistari.blogspot.com/

LAMAN PEMBELAJARAN

LAMAN PEMBELAJARAN

Money Convert

Islamic Tube